Wednesday, June 30, 2010

Pemangku Setiausaha Kelab Petanda Daerah Petaling 2010 dan sedikit rombakan portfolio.

Tahniah kepada En Fairol @ Apai di atas pelantikan beliau sebagai Pemangku Setiausaha Kelab yang baru menggantikan En Sukeri, berkuat-kuasa serta merta.

Portfolio untuk Biro Agama pula disandang oleh En Baharruddin( Bendahari ).

Diharap semua ahli jawatankuasa memberikan komitmen dan kerjasama.

Jasamu sentiasa dikenang...

25 Julai 2010: Selamat maju jaya kepada Setiausaha kelab iaitu Encik Ahmad Sukeri bin Mohamed diatas kenaikkan pangkat beliau. Beliau akan memulakan tugas baru di Tribunal Tuntutan pengguna Johor Bharu pada 1 Julai 2010.

Jasa beliau di dalam menaikkan ekonomi kelab sangat banyak antaranya memperkenalkan mineral water kelab, menganjurkan aktiviti-aktiviti kelab dengan jayanya dan lain-lain.

Semoga beliau terus berjaya didalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Sekian daripada kami semua ahli kelab.

Sukan Kelab Petanda Daerah petaling Telah Bermula...

Sukan antara rumah telah membuka tirai dengan beberapa keputusan yang mengejutkan. Berikut ialah keputusan terkini yang berkaitan sukan yang terlibat setakat 28/29 Jun 2010.

Sukan Badminton

Rumah Kuning 1 v Rumah Merah 4 (28 Jun 2010)

Rumah Hijau 2 v Rumah Biru 3 (29 Jun 2010)

Friday, June 18, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kelab kebajikan Dan Sukan Pejabat Daerah/ Tanah Petaling Bil 7/ 2010

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli jawatankuasa Kelab Petanda bahawa akan diadakan mesyuarat seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Jun 2010 (Jumaat)

Masa : 3 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Tingkat 2.

Kehadiran adalah wajib.

Makluman Papan Kenyataan

Untuk makluman,

kepada semua ahli kelab yang dihormati, anda boleh merujuk kepada papan kenyataan yang disediakan di lobi Komplek Pejabat Daerah untuk sebarang info terkini mengenai perjalanan kelab.

Sekian, harap maklum.

Majlis Bacaan Yassin

Jawatankuasa agama akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin pada setiap minggu hari Jumaat diharap agar tuan- tuan dan puan-puan dapat meluangkan masa menghadirinya. Jadual seperti berikut :

Hari : Setiap hari Jumaat

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Bilik Seminar Bunga Mawar, Tingkat 1.

Pihak jawatankuasa mengalu-alukan sumbangan kewangan dan sajian pada hari tersebut.

Kejohanan Sukan Antara Rumah-Rumah Sukan Edisi 2010

Kejohanan Rumah Sukan Kembali Lagi ....
Pada 31 Mei 2010, pihak jawatankuasa sukan telah mengadakan Cabutan Undian Rumah Sukan Pejabat Daerah/ Tanah Petaling. Ini merupakan kejohanan tradisi yang diadakan 2 tahun sekali.
Terdapat 4 pasukan rumah sukan yang akan bertanding iaitu KUNING, HIJAU, BIRU dan MERAH.

Berikut ialah kedudukan rumah-rumah sukan pada kejohanan edisi 2008 :

  1. Johan - Biru
  2. Naib Johan - Kuning
  3. Ketiga - Hijau
  4. Keempat - Merah
Semoga tahun 2010 lebih meriah dengan atlit-atlit baru dan senior beradu kekuatan semoga ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga kerja.

Friday, May 21, 2010

Pemotongan Yuran Ahli Kelab

Makluman,

Unit gaji akan melaksanakan pemotongan gaji kadar baru yuran ahli berkuatkuasa Mei 2010. Sebarang pertanyaan ahli-ahli kelab boleh lah berhubung dengan Unit Gaji di tingkat 2, Bahagian Khidmat Pengurusan.

Kadar pemotongan yang dikenakan ; bayaran masuk RM 5 ahli bersekutu dan ahli biasa.
1. Gred 54 dan ke atas - RM 50
2. Gred 48 dan 52 - RM 30
3. Gred 41 - 44 - RM 20
4. Gred 27 - 40 - RM 10
5. Gred 17 - 26 - RM 5
6. Gred 1- 16 - RM 3

Ahli bersekutu - RM 100

Harap Maklum.

Salam Perkenalan

Salam,

Syukur pada ilahi kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Tujuan utama kewujudan blog ini adalah untuk kita sama-sama berkongsi pandangan dan pendapat untuk menjadikan kelab kita lebih berfungsi, lebih bertenaga, lebih meriah serta memberi manfaat kepada semua ahli-ahli kelab.

Dengan adanya teknologi ini dapatlah kita memanfaatkannya untuk kemudahan semua ahli mengikuti aktiviti- aktiviti dan program kelab sepanjang tahun serta memberikan maklumbalas mengenai program yang telah dan bakal dilaksanakan.

Semoga blog ini dapat memberikan seribu satu manfaat kepada ahli-ahli kelab.

Akhir kata dari saya semoga KELAB PETANDA PETALING mampu menjadi pengerak kejayaan khasnya kepada ahli-ahli dan jabatan umumnya.

PENGERUSI KELAB PETANDA PETALING
TUAN YAHAYA BIN HASSAN